Thursday, 27 March 2014

Warga Asing Itupun Manusia. Bukan Haiwan.

Lalu di Bulatan Pahang, terlihat beberapa orang pekerja binaan Indonesia lelaki dan wanita melintas. Kesian mereka ini datang dari seberang mencari sesuap nasi, tinggalkan keluarga. Sudah biasa melihat wanita pun bekerja di sektor binaan yang keras dan panas kerjanya. Begitu juga pekerja Bangladesh ada yang tinggalkan keluarga lima enam tahun sekali baru balik ke negara bertemu keluarga. Kalau tak kerana susah, mereka tidak buat begitu. Kadang kala kita sendiri tak mampu menahan rindu tinggalkan anak sehari semalam. Inilah pengorbanan terpaksa atas kesempitan.

Malangnya ada warga negara yang melayan mereka dengan buruk. Setelah bertahun kerja binaan, bulan akhir dipanggil penguatkuasa tangkap mereka. Gaji bulan tersebut tidak dibayar. Pekerja duduk dalam tahanan dan tauke untung tidak perlu bayar gaji sebulan. Peniaga kain Pakistan selalu mengadu kena peras ugut dengan anak remaja yang meminta wang setiap kali pulang bekerja. Malah ada kes pekerja Bangladesh yang dipukul mati kerana enggan menyerahkan wang. Memang ada diantara pekerja asing yang melakukan jenayah, tetapi melayan mereka secara borong seperti haiwan, dilarang agama.

Sebab itu bila ke luar negara, sesekali di diskriminasi dan diganggu rakyat negara tersebut. Berjalan kaki di Kota Kaherah, kadang kadang diketawakan sesetengah Pak Arab, diganggu dengan pelbagai jenis gangguan. Ini perkara biasa kalau menetap di luar negara khususnya negara kurang maju sebegitu. Tapi tidak semua rakyatnya begitu. Urut dada, pujuk diri supaya bersabar. Sebab terkenang di negara sendiri pun layanan kadang lebih buruk kepada warga negara luar. Ubahlah. Siapa dan dari mana pun mereka, mereka tetap manusia, ada hak untuk hidup merdeka, bukan hamba kepada kita.

No comments:

Post a Comment