Thursday, 27 March 2014

Gula Yang Manis Tetap di Cari Walau Tersembunyi...

Seseorang telah sebut kepada saya di senja isnin lepas, gula yang manis sifatnya, tetap dicari semut walaupun berada di bawah karpet atau tersembunyi di mana sekalipun. Besi buruk yang berdentum dentam berbunyi belum tentu diambil orang jika tidak ada gunanya. Mutakhir ini ramai yang tidak berjawatan, berkedudukan, tetapi jadi penting. Malah sibuknya lebih daripada yang berjawatan dan berkedudukan. Kerana apa? Kerana mereka punya kualiti diri untuk disumbangkan kepada ummah. Saya suka memerhati dua watak yang pernah berjawatan tinggi dalam organisasi, sekarang mendiami salah satu lorong di Perumahan Taman Melewar dan seorang lagi di belantara Sabah dekat Pensiangan. Mereka tidak berehat, tetapi terus sibuk dan disibukkan. Indahnya insan berkualiti. Tidak takut berada di bawah setelah di atas. Hasbunnallahu Wani' Mal Wakil.

No comments:

Post a Comment