Lalu
di Bulatan Pahang, terlihat beberapa orang pekerja binaan Indonesia
lelaki dan wanita melintas. Kesian mereka ini datang dari seberang
mencari sesuap nasi, tinggalkan keluarga. Sudah biasa melihat wanita pun
bekerja di sektor binaan yang keras dan panas kerjanya. Begitu juga
pekerja Bangladesh ada yang tinggalkan keluarga lima enam tahun sekali
baru balik ke negara bertemu keluarga. Kalau tak
kerana susah, mereka tidak buat begitu. Kadang kala kita sendiri tak
mampu menahan rindu tinggalkan anak sehari semalam. Inilah pengorbanan
terpaksa atas kesempitan.
Malangnya ada warga negara yang
melayan mereka dengan buruk. Setelah bertahun kerja binaan, bulan akhir
dipanggil penguatkuasa tangkap mereka. Gaji bulan tersebut tidak
dibayar. Pekerja duduk dalam tahanan dan tauke untung tidak perlu bayar
gaji sebulan. Peniaga kain Pakistan selalu mengadu kena peras ugut
dengan anak remaja yang meminta wang setiap kali pulang bekerja. Malah
ada kes pekerja Bangladesh yang dipukul mati kerana enggan menyerahkan
wang. Memang ada diantara pekerja asing yang melakukan jenayah, tetapi
melayan mereka secara borong seperti haiwan, dilarang agama.
Sebab itu bila ke luar negara, sesekali di diskriminasi dan diganggu
rakyat negara tersebut. Berjalan kaki di Kota Kaherah, kadang kadang
diketawakan sesetengah Pak Arab, diganggu dengan pelbagai jenis
gangguan. Ini perkara biasa kalau menetap di luar negara khususnya
negara kurang maju sebegitu. Tapi tidak semua rakyatnya begitu. Urut
dada, pujuk diri supaya bersabar. Sebab terkenang di negara sendiri pun
layanan kadang lebih buruk kepada warga negara luar. Ubahlah. Siapa dan
dari mana pun mereka, mereka tetap manusia, ada hak untuk hidup merdeka,
bukan hamba kepada kita.
Thursday, 27 March 2014
Hukuman Bunuh 529 Ikhwan, Isyarat Dunia Menutup Pintu Perdamaian
Ketika
sidang media Jeneral Tentera Mesir Abdul Fattah As Sisi di malam
penggulingan Dr Muhammad Mursi, kami saksikan anak beranak secara live
di TV. Jika tidak silap beliau digulingkan rabu malam. Kemudian keesokan
harinya berita keluar beberapa pimpinan utama Ikhwan diharamkan keluar
negara. Lusanya akhbar siarkan beberapa pemimpin kanan Ikhwan seperti Dr
Muhammad Badi', Dr Mehdi Akif, Dr Isyam Rayyan
dan lain-lain telah berjaya bolos ke Libya dan beberapa negara Arab
lain dengan bantuan Ikhwanul Muslimin Libya. Tiba-tiba keesokan harinya
jumaat sebelum maghrib, Dr Muhammad Badi' tampil di pentas utama Medan
Rubu'ah menyampaikan ucapan penting. Kenapa disebarkan berita mereka
keluar negara. Tujuannya mematikan semangat rakyat yang bangkit luar
dugaan. Jika Tamarrud boleh berhimpun 3-5 hari, rakyat yang menyokong
Mursi boleh berhimpun lebih 50 hari.
Mereka berhimpun bermula dibulan Syaa'ban, seterusnya sepenuhnya bulan Ramadhan dan berakhir bulan Syawal, mereka dibunuh hidup-hidup di Dataran Rubu'ah dan Dataran An Nahdah bersebelahan Universiti Kaherah. Tujuannya apa? Bagi mematikan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung. Isteri saya yang awal membuka televisyen terkejut melihat secara live seorang wanita ditembak, lalu jatuh, bangkit dan ditembak lagi sehingga terkulai. Allah takdirkan kami menjadi saksi sejarah dunia ketika itu. Rupanya yang ditembak anak kepada pemimpin Ikhwan Dr Mohamad Baltaji. Keesokan harinya kami solat jenazah beliau di Masjif As Salam Haiyu Asyir. Tujuannya apa? Untuk menghentikan kebangkitan rakyat.
Beberapa minggu selepas itu, kebangkitan rakyat berlaku secara melata di seluruh negara, tidak tertumpu di Kaherah sahaja. Rejim As Sisi bertindak menangkan pemimpin pemimpin Ikhwan dan parti-parti lain termasuk Dr Muhammad Bade' Mursyidul Am Ikhwan, Dr Mehdi Akif, Isyam Rayyan, Beltaji dan bekas pemimipin Hizbul An Nur Hazim Abu Ismail. Mereka ditahan dan di penjarakan. Tujuannya untuk membantutkan kebangkitan rakyat.
Hari ini, mereka belum puas. Kerana rakyat tidak putus asa. Warisan Nabi Musa, Nabi Yusuf AS ini masih ramai dicelah anak didik Firaun yang melata. Mereka bangkit tanpa henti setiap hari jumaat berhimpun walaupun sudah lebih lapan bulan pemerintahan demokratik Dr Mursi digulingkan. Hari ini mereka jatuhkan hukuman bunuh kepada 528 orang tahanan Ikhwan beserta pemimpin mereka Dr Muhammad Bade' atas tuduhan yang direka. Ia bukan lagi mahu menyekat kebangkitan rakyat, tetapi ianya satu tindakan balas dendam yang tiada taranya di dunia.
Tetapi awas pemimpin kerajaan haram Mesir dan juga pemimpin dunia sekalian. Anda menyangka ia mematahkan semangat ummah untuk terus bangkit. Ternyata anda salah. Generasi pencinta kedamaian sentiasa segar, sesegar darah saudara kami yang telah dan bakal mengalir di bumi Mesir. Tindakan bengis kamu, bakal melahirkan kebangkitan, kreativiti, kebijaksaan dan kehalusan tindakan pencinta kedamaian di dunia samada muslim atau bukan Muslim yang akan berganding untuk membenamkan kezaliman dunia tanpa disedari. Akan tiba masanya, di tengah kelekaan kamu, generasi segar dan cinta kedamaian secara khususnya kami umat Islam dan rakan-rakan bukan Islam akan muncul di hadapan pintu kamu untuk merejam sikap dan generasi zalim ini sehingga terhapus.
Kita percaya kepada janji Allah yang akan memberi kemenangan kepada mereka yang cintakan kesejahteraan dan kedamaian dikalangan mereka yang beriman, sabar dan istiqamah di medan perjuangan. Ingatlah saudaraku di Mesir, setitis darah kamu yang menitis, ianya adalah darah kami dam sangat mahal harganya untuk melahirkan dunia yang selamat di bawah junjungan Rabbul Jalil. Salam ukhuwah saudaraku di Mesir dariada saudaramu di Malaysia.
Mohd Nasaie Ismail
9.51 PM
Di celah titi bergetar.

Gula Yang Manis Tetap di Cari Walau Tersembunyi...
Seseorang
telah sebut kepada saya di senja isnin lepas, gula yang manis sifatnya,
tetap dicari semut walaupun berada di bawah karpet atau tersembunyi di
mana sekalipun. Besi buruk yang berdentum dentam berbunyi belum tentu
diambil orang jika tidak ada gunanya. Mutakhir ini ramai yang tidak
berjawatan, berkedudukan, tetapi jadi penting. Malah sibuknya lebih
daripada yang berjawatan dan berkedudukan.
Kerana apa? Kerana mereka punya kualiti diri untuk disumbangkan kepada
ummah. Saya suka memerhati dua watak yang pernah berjawatan tinggi dalam
organisasi, sekarang mendiami salah satu lorong di Perumahan Taman
Melewar dan seorang lagi di belantara Sabah dekat Pensiangan. Mereka
tidak berehat, tetapi terus sibuk dan disibukkan. Indahnya insan
berkualiti. Tidak takut berada di bawah setelah di atas. Hasbunnallahu
Wani' Mal Wakil.
Monday, 24 March 2014
Jihad Bomba Padamkan Kebakaran Hutan
Tahniah kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang berkampung hampir sebulan di beberapa lokasi di Lembah Klang khususnya di tepi Highway Elite berhampiran RNR Dengkil menghala Utara. kebakaran hutan semakin menjadi. Rakyat perlu peka dengan tidak menjadi punca kepada kebakaran di musim panas ini.
Jika kita ke kawasan padi di Kedah, pembakaran jerami memang sah dilakukan oleh pesawah sendiri. Ia memang mudah tetapi, berapa banyak jerebu dan penyakit terpaksa dihidapi oleh rakyat. di Selangor ratusan ekar kebun dan hutan terbakar sekitar Sepang, Dengkil, Hulu Selangor yang menyebabkan jerebu. Begitu juga di Melaka dan lain-lain tempat. Kasihanilah bomba kita yang terpaksa bertungkus lumus,. Ada masa singgah sebentar di lokasi perkampungan Bomba dan hulurkan sedikit air minum tanda penghargaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)