Siri 2: Pecat Isa Samad!
7 Mei 2015
Ramai penyokong Tan Sri Isa Samad marahkan saya apabila saya mendesak beliau berundur selepas berjaya memandomkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sahamnya milik peneroka, anak peneroka dan kakitangan FELDA. Belum habis pendedahan berkait KPF dan lain lain anak syarikat FELDA, hari ini muncul berita buruk daripada FELDA GLOBAL VENTURE (FGV) yang mahu menjual tiga perniagaannya iaitu FELDA PRODATA SYSTEM, FELDA TRAVEL dan FELDA PROPERTY. Alasannya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras FGV iaitu dalam sawit, getah dan gula.
Benarkah begitu? Perlu diketahui sebelum 3 syarikat ini dimiliki oleh FGV, ia juga adalah milik KPF melalui 51 peratus pegangan saham KPF dalam FELDA HOLDING. Melalui permainan licik Isa Samad, FGV berjaya membeli FELDA HOLDING yang sahamnya adalah milik KPF 51 peratus dan FELDA 49 peratus. FELDA PRODATA, FELDA TRAVEL dan FELDA PROPERTY ini adalah anak syarikat FELDA HOLDING yang sangat untung.
FELDA PRODATA merupakan pembekal perkakasan komputer dan IT antara terbesar di Malaysia. Perniagaannya sangat menguntungkan dan dikira selamat sebagai gergasi IT di Malaysia. FELDA TRAVEL merupakan syarikat pengendali umrah dan haji antara terbaik di Malaysia. Ia mempunyai aset tersendiri termasuk di Mekah. Begitu juga FELDA PROPERTY syarikat menguntungkan yang mempunyai aset dalam bentuk hartanah sekitar KLCC dan seluruh negara.
Persoalannya, kenapakah ketiga-tiga syarikat yang memberi keuntungan ini hendak dijual? Sedangkan selama ini FGV beria sangat memilikinya daripada KPF dan FELDA. Adakah sudah wujud pembeli-pembelinya dikalangan kroni-kroni orang besar FELDA atau orang politik di Putrajaya? Ataupun tujuannya untuk menunjukkan FGV mempunyai keuntungan untuk tahun 2015 setelah menjual aset berharga tersebut dalam keadaan harga sahamnya merudum teruk ketika ini dan dikhabarkan suku pertama 2015 FGV sudah rugi RM47 juta.
Alasan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras (sawit,getah dan gula) juga satu pembohongan. Ini kerana FGV juga melabur dalam bidang perhotelan, oil and gas dan juga health line. Kemudian perniagaan terasnya juga tidak memberangsangkan dengan pokok tua dan keperluan tanam semula di ladang FGV yang asalnya milik FELDA PLANTATION. Jadi permainan apakah ini yang sedang berlangsung?
Saya tutup dengan mengulangi 3 persoalan:
1. Kenapa syarikat yang setiap tahun untung hendak dijual oleh FGV?
2. Adakah sudah wujud pembeli-pembeli menanti dikalangan kroni-kroni yang akan memiliki syarikat ini?
3. Adakah ianya sebagai jalan untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset berharga ini dalam keadaan semua mengetahui saham FGV merudum teruk.
Mohd Nasaie Ismail
Shah Alam
3.27 PM.
Monday, 18 May 2015
Pecat Isa Samad
Pecat Isa Samad
Siri 1
5 Mei 2015
Esok saya akan tulis surat kepada Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA. Dato Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Dato Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim, Dato' Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa Samad baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 51 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa Samad berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama. Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa Samad dan ahli politik katak yang melompat dari PR ke BN. Tunggu satu persatu akan didedah.
Isa Samad. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang Naib Presiden UMNO. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA. Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Najib juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Badawi batalkan penyenaraian FELDA dizamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.
Bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)